Gula-gula hangus ini atau nama lainnya rock candy datang dalam bentuk empatsegi dengan ada huruf di atasnya. Di tengah-tengahnya terdapat sebiji asam boi ataupun asam ko. Kami juga menerima tempah untuk pengemar rock candy ini, jika ada yang ingin custom made seperti untuk dijadikan hadiah dan sebagainya
SELAMAT DATANG KE IszI Candy House!
IszI candy House adalah kedai gula-gula online. Produk IszI adalah hasil kerjatangan(manual) sepenuhnya. Walaupun produk kami adalah 100% hasil kerjatangan namun, kami tetap menghasilkan ciptaan produk gula-gula yang indah dan lazat di depan mata anda.
Gula-gula memang dikaitkan dengan kemanisan yang melampau, tetapi di IszI Candy House produk kami adalah manisan yang mengandungi kurang gula. Ini bermakna IszI Candy House kurang manis daripada yang gula-gula keluaran yang biasa anda temui di luar sana.
Jika anda tercari-cari HALAL CANDY, anda berada di tempat yang betul. Di sini terdapat pelbagai jenis 100% HALAL yang merupakan produk hasil keluaran orang muslim.
Harga setiap manisan di IszI Candy House juga lebih murah dan berpatutan berbanding dengan yang lain. Gula-gula keluaran kami hanya akan dihasilkan bila ada tempahan. Oleh yang demikian, produk kami sememangnya sentiasa segar dan baru. Ini kerana kami menitikberatkan perihal qualiti daripada kuantiti. Kualiti produk kami tidak dapat ditandangi oleh keindahan dan kelazatannya, tetapi dapat dirasai melalui keseronokan serta pengalaman manis ketika menikmatinya.
IszI Candy House amat mudah menyesuaikan produk keluaran kami dengan apa jua acara, majlis, jamuan dan perjumpaan serta kami sedia menerima tempahan untuk segala jenis hantaran, perayaan, hadiah harijadi, hari ibu, hari bapa, hari kekasih, promosi korporat dan lain-lain lagi. Warna dan perisa disesuaikan dengan pilihan yang anda kehendaki. Bagi kualiti dalam rekabentuk, ketukangan dan perisa, kami yang tiada tandingan
.
*Tiada apa-apa jua boleh membawa keluar zaman kanak-kanak dalam diri kita semua melainkan GULA-GULA
*
Lawatilah sekitar blog kami anda pasti menemui kelainannya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment